PENGGIAT INDUSTRI PERLU PENGETAHUAN TANGANI ISU BURUH PAKSA AGAR TIDAK MENJADI MANGSA PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

Butterworth, 10 Mac 2022 – Menerusi Forum Mengenai Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa sempena Hari Terbuka Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), di Seberang Jaya yang dilaksanakan pada hari ini (10 Mac 2022), Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menyatakan bahawa penggiat industri di negara ini perlu mempunyai pengetahuan berhubung kaedah menangani isu buruh paksa supaya mereka tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab pada masa depan.

Ia selepas wujud dakwaan berlaku kegiatan buruh paksa di Malaysia sedangkan kesalahan itu dikesan dilakukan pihak ejen dari negara sumber atau negara asal yang menetapkan sejumlah bayaran jika mahu bekerja di negara ini.

Sementara itu, YB Menteri turut memaklumkan bahawa Malaysia dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung kemasukan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) pada 17 Mac ini di Bali, Indonesia.

Sumber:

Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut