GEOTAPAK TASIK CERMIN ECO PARK IPOH JADI KAWASAN TARIKAN PELANCONG

GEOTAPAK TASIK CERMIN ECO PARK IPOH JADI KAWASAN TARIKAN PELANCONG
IPOH– Kawasan geotapak Tasik Cermin akan dimajukan sebagai Eko Park yang pertama di Malaysia.
YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi berkata, tasik ini merupakan bekas kawasan kuari yang sudah lama dan tidak lagi beroperasi. Ia mempunyai 2 tasik dan 2 terowong yang unik.
“Pembaharuan nama iaitu Tasik Cermin Eco Park Ipoh akan menarik lebih ramai pelancong ke Bandaraya Ipoh dan Perak.
“Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melantik Syarikat Tasik Cermin Tourism Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan yang seluas 65 ekar di Gunung Rapat ini.
“Hari ini merupakan hari ke-42 pembangunan Tasik Cermin Eco Park yang berkonsepkan rendah karbon serta menggunakan bahan mesra alam kerana kawasan ini merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta,” katanya selepas Majlis Pra Pelancaran Tasik Cermin Eco Park Ipoh.
Tambahnya lagi, pihak pemaju telah bekerjasama dengan beberapa agensi usahawan seperti SME Corp, MARA, Tekun, PUNB, SME Bank dan SIRIM yang akan membuka peluang perniagaan di sini.
Terdapat juga kemudahan yang akan disediakan seperti surau, tandas awam, kawasan pejalan kaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang selesa, tempat letak kenderaan serta gerai-gerai makanan dan minuman.
Menurut beliau, dengan adanya kerjasama awam dan swasta dalam membangunkan kawasan geotapak seperti ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri dalam memelihara dan mempromosi Geopark Lembah Kinta sebagai salah satu Geopark Kebangsaan yang utama di Malaysia.
Pra pelancaran ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud; Setiausaha Bandaraya, Tuan Ahmad Munir bin Ishak dan Pengarah Pembangunan Pelancongan Tasik Cermin Eco Park Ipoh, Puan Siti Norlizawati Narawi.
Sumber: SUK Perak

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut