JPJ PULAU PINANG: OPS POTONG Q DAN OPS PeWA

Pada 23 Februari 2022, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan OPS Potong Q dan juga OPS Pemandu Warga Asing (PeWA).

Penguatkuasaan bagi kesalahan memotong disebelah kiri jalan (potong Q) adalah di bawah Kaedah 5, Kaedah-kaedah Lalu lintas 1959. Penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan kerana didapati banyak lagi pengguna jalan raya gagal mematuhi peraturan lalu lintas tersebut terutama di waktu puncak sehingga menyebabkan laluan di sebelah kiri jalan terganggu dan menjadi sesak.

Manakala, bagi OPS PeWA, operasi ini bertujuan memastikan pemandu warga asing (PeWA) memiliki dokumen pengenalan diri yg sah semasa memandu di negara ini serta mengambil tindakan tegas bagi memastikan setiap pemandu warga asing mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu kenderaan dan juga bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain terjamin selamat semasa memandu di jalan raya.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang-undang jalan raya supaya pemanduan anda lancar, selamat serta dapat mengelakkan dari berlaku kemalangan dan kesulitan semasa pemanduan. Jadilah pemandu berdisiplin dan berhemah di jalan raya. Pandu Cermat Sampai Selamat.

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut