WP LABUAN – Persatuan Penggiat Media Labuan menyampaikan bantuan bakul makanan sebanyak 100 bakul kepada penduduk di sekitar Labuan yang ditimpa bencana banjir. Bagi fasa pertama, sebanyak 34 penerima bakul berkenaan membabitkan beberapa buah kampung di pulau ini yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Labuan En. Abd Rasil Hajatil. Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan En. Jainudin Djimin dan Pengerusi MPP Zon Labuan En. Mohd Dzulfaizal Ab Manan.


Sumber: BES Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan