George Town, 22 Februari 2022 – Keputusan pengoperasian bazar Ramadan di negeri ini dijangka dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 peringkat negeri minggu depan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada 21 Februari 2022 berkata, setakat ini keputusan pengoperasian bazar Ramadan di negeri ini belum diputuskan oleh kerajaan negeri. Katanya, semua keputusan di peringkat negeri akan diputuskan tertakluk pada situasi semasa walaupun penganjurannya sudah dibenarkan kerajaan pusat.
Isu memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga turut akan dibincang dalam mesyuarat sama berkaitan operasi bazar Ramadan. Sebarang perkembangan juga akan dimaklumkan selepas mesyuarat itu yang akan diadakan pada minggu depan,
Sumber: