KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat untuk melawat ke Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua telah disambut oleh YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda berdua telah sudi meluangkan masa selama 2 jam untuk beriadah bersama cucunda, YAM Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.
Seri Paduka Baginda berdua juga turut berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama pengunjung-pengunjung yang mengunjungi taman tasik tersebut yang kini dikenali dengan nama Taman Botani Perdana.
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u