BAHANA DADAH! ANAK TIRI TETAK IBU SEHINGGA PUTUS LEHER KINI DIREMAN 7 HARI.

Lelaki yang disyaki menetak ibu tirinya sehingga terputus leher dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek, di Gua Musang, petang Rabu 16 Februari 2022, direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bermula Khamis 17 Februari 2022.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan, perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu dikeluarkan Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan, Zaman Mohd Noor di Mahkamah Majistret Gua Musang pada 17 Februrari 2022 (Khamis).

Para 16 Februari 2022 (Rabu), media melaporkan seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas lehernya ditetak hingga putus oleh anak tirinya di rumah mereka. Suspek kemudian hadir ke Balai Polis Bertam pada jam 4.45 petang dan memaklumkan telah membunuh ibu tirinya menggunakan parang. Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental.

Sumber: Sinar Harian

#MKNKelantan

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut