PASIR PUTEH – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memaklumkan RM16 juta diperuntukkan untuk membina bangunan kilang memproses ikan sardin di Tok Bali.
Beliau memaklumkan kos tersebut termasuk penyediaan peralatan pengoperasian dan vesel penangkapan. Kilang tersebut akan dibina berhampiran kilang air batu yang dijangka beroperasi dalam jangka waktu terdekat.
Sebelum ini, sebahagian ikan sardin akan ditempatkan di pelabuhan Tok Bali dan dieksport ke Thailand untuk diproses di sana, jadi apabila kita memiliki kilang ikan sardin sendiri ia dapat membantu merancakkan pembangunan ekonomi nelayan tempatan..
Turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Khuzaimah Hussin dan Pengerusi MyKp Kampung Pachakan, Mohamad Yusoff Mamat.
SUMBER : FB URUS SETIA PENERANGAN DAN KOMUNIKASI KERAJAAN NEGERI KELANTAN