Tabung Darah Hospital Pulau Pinang sentiasa mengadakan kempen derma darah bagi memenuhi keperluan penggunaan darah di hospital-hospital negeri ini. Sebagai manusia, kita berkemungkinan kehilangan darah akibat pendarahan yang berlebihan sama ada berpunca daripada kecederaan atau penyakit. Oleh itu, kehilangan darah tersebut perlulah digantikan melalui pemindahan darah. Apabila perkara ini berlaku, maka beberapa langkah perlu diambil kira seperti kesesuaian darah penderma dengan darah penerima.
Sepanjang minggu ini, beberapa lokasi telah dipilih oleh Jabatan Transfusi, Hospital Pulau Pinang sebagai kempen derma darah. Oleh itu, admin menyeru anda untuk sama-sama membantu dengan menderma darah bagi kegunaan pihak hospital.
Selain dapat membantu, menderma darah juga harus dilihat sebagai suatu proses yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada penderma sendiri. Dengan menderma darah, penderma dapat :-
- Mengurangkan risiko menghidap kanser
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Merangsang pengeluaran sel darah merah
- Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
- Mencegah hemokromatosis
- Mampu menurunkan berat badan
Sumber:
Laman Facebook Derma Darah Penang