MASJID DAN SEKOLAH TUMPUAN SKUAD CUCI-CUCI MAIWP

Skuad Cuci-Cuci MAIWP ( SCCM ) pada kali ini telah menyantuni mangsa banjir di sekitar Bera, Pahang.

Sedikit kelainan dibawa di mana bantuan disalurkan lebih tertumpu kepada membaik pulih masjid dan sumbangan sekolah.

Seramai 30 kakitangan MAIWP dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) terlibat pada program kali ini.

Masjid Tuanku Abdullah, Kampung Kuala Triang, Bera, Pahang menjadi tumpuan Skuad Cuci-Cuci dimana mereka menawarkan khidmat membaik pulih bangunan tempat letak kenderaan berbumbung, gotong-royong dan kerja-kerja mengecat.

Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP, Encik IR Abd Karim bin Mohamed@ Ismail menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 50 mangsa yang terkesan akibat musibah banjir baru-baru ini.

Turut disampaikan Bantuan Kewangan kepada pihak masjid dan PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Rok, Bandar Bera, Pahang.

Pada misi kali ini, jalinan kerjasama antara Skuad Cuci-Cuci MAIWP dan Pejabat Agama Islam Daerah Bera serta Balai Polis Kuala Bera agar proses program ini berjalan dengan lancar.

Semoga usaha ini dapat menceriakan serta meringankan beban mereka terkesan akibat banjir.

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut