3 Februari 2022, SEREMBAN – Serentak dengan Majlis Perasmian Pelaksanaan Program PICKids (Kanak-Kanak 5 hingga bawah 12 tahun) Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur, satu pelancaran program PICKids juga telah diadakan di SPPV Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Pelancaran berkenaan telah dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Dato’ Dr. Harlina binti Abdul Rashid yang bersama-sama meninjau proses pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur di antara 5 hingga bawah 12 tahun di SPPV HTJS yang terletak di Institut Latihan KKM Seremban. Turut hadir pegawai-pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) dan HTJS.
Sumber : FB Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan