MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP) SIAP SIAGA MENJELANG PERAYAAN DAN CUTI SEKOLAH SEMPENA TAHUN BARU CINA 2022

Georgetown, 31 Januari 2022 – Selaras dengan Kenyataan Media Majlis Bandaraya Pulau Pinang bertarikh 30 Januari 2022, YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini telah melawat Pusat Intelligent Operations Centre (IOC) MBPP bagi memastikan pemantauan lalu lintas serta keadaan semasa melalui Kamera Litar Tertutup (CCTV) beroperasi dengan lancar.

Selain daripada kawalan lalu lintas, pemantauan turut memfokuskan kepada aktiviti pelancongan dan juga persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku bencana seperti pokok tumbang dan sebagainya.
Diantara langkah kesiapsiagaan yang telah diambil MBPP turut meliputi arahan pembekuan cuti rehat kepada para petugas dari jabatan-jabatan perkhidmatan perlu (essential services) MBPP yang telah dikeluarkan bermula pada 31 Januari 2022 sehingga 4 Februari 2022.
Orang awam adalah dinasihatkan supaya sentiasa merancang perjalanan dan memandu secara berhemah serta tidak meletakkan atau memberhentikan kenderaan di kawasan larangan.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut menyeru agar seluruh warga Pulau Pinang mahupun pelancong dari luar dapat menikmati perayaan Tahun Baru Cina di Negeri Pulau Pinang dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 pada setiap masa memandangkan kita masih menghadapi cabaran pandemik COVID-19.
Sebarang aduan boleh dimajukan melalui talian “hotline” MBPP 04-263 7000, sistem e-Aduan MBPP atau aplikasi WhatsApp Aduan MBPP di talian 016-200 4082.

 

Sumber gambar dan berita:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut