PELANCARAN SHW DAN BULAN PENCAHAYAAN PUTRAJAYA 2022

PUTRAJAYA, 26 JANUARI 2022 – Pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHW) 2022 dan Bulan Pencahayaan Putrajaya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan di Tangga Putrajaya pada malam ini. Menjelang Hari Wilayah Persekutuan pada 1 hb Februari, program-program yang memanfaatkan penyertaan warga kota ketiga tiga Wilayah telah diatur.

Turut sama hadir ialah YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dato Fadlun bin Mak Ujud, Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya.

Ketiga-tiga Wilayah juga meriah dihiasi dengan kibaran bendera Wilayah Persekutuan. Bermula daripada 26 Januari 2022 , sempena Bulan Pencahayaan Putrajaya, semua bangunan-bangunan awam dan swasta di Putrajaya akan diberi sistem pencahayaan “festive mode” dan Jambatan Seri Saujana dan Jambatan Seri Gemilang disinari dengan lampu tema warna bendera Wilayah Persekutuan.

SUMBER: FB PERBADANAN PUTRAJAYAΒ https://www.facebook.com/putrajaya

Artikel/Berita Terkini

π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut