TANGKAPAN OP TAPIS IPD REMBAU, NEGERI SEMBILAN

Bertindak atas maklumat, pada 24 Januari 2022 jam lebih kurang 1200 tengahari sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD REmbau dan juga Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau telah menjalankan OP Tapis dan membuat serbuan di sebuah pondok dalam kebun durian di Legong Jaya, Kota Rembau.

Polis telah berjaya menahan (1) lelaki warganaegara asing berumur 29 tahuan dan merampas (7) ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering disyaki dadah jenis Cannabis. Turut dirampas adalah (1) laras senapang angin buatan sendiri bersama (21) biji guli yuang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang tersebut.

Hasil saringan awal ujian air kencing suspek didapati positif meth dan reman ke atas suspek telah diperolehi sehingga 31 Januari 2022. Dalam kes pihak polis masih menyiasat modus operandi cara kemasukan dan juga pasaran dadah yang dirampas dalam operasi ini.

Dipetik dari : Siaran Media Tangkapan Op Tapis IPD Rembau

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut