OPS MOTOSIKAL JPJ PULAU PINANG

George Town, 25 Januari 2022 – Pada 22 Januari yang lepas Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Operasi Motosikal di Persiaran Gurney dan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Operasi Motosikal yang diadakan di dua lokasi berasingan itu bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang di jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan serta mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin, berhemah semasa memandu serta berkonvoi.

Diantara kesalahan dikesan sepanjang Operasi yang diadakan hari ini adalah kesalahan tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, pamer nombor pendaftaran fancy dan extreme, pengubahsuaian ekzos, tiada cermin sisi dan tidak pamer pelekat P. Pemilik dan penunggang motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta memandu dengan cermat dan berhati-hati semasa menunggang motosikal serta patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 semasa berkonvoi ke destinasi dituju.

#KeluargaMalaysia

Sumber gambar dan berita:
Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut