IPD BRICKFIELDS TERIMA SUMBANGAN “LIFE JACKET” DARIPADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN NURQASEH (PERQASEH) PDRM MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah menerima sumbangan “Life Jacket” oleh Pertubuhan Kebajikan Nurqaseh (PERQASEH) PDRM Malaysia dan Syarikat Fuyusei Industry Sdn. Bhd. di perkarangan Galeri IPD Brickfields pada 20 Januari 2022.

YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields hadir bagi menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh En. Tan Soon Heng, (Pegawai Perhubungan) Pertubuhan Kebajikan Nurqaseh bersama AJK pertubuhan, En. Wong Jun Kit.

Turut hadir, ASP Mohd Nazlan bin Othman, Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi Daerah dan Ketua-ketua Polis Balai IPD Brickfields. YDH KPD Brickfields bersama seluruh warga kerja IPD Brickfields mengucapkan jutaan terima diatas sumbangan ini dan akan diserahkan ke semua Balai-balai Polis dibawah pentadbiran IPD Brickfields.

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDSΒ https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut