PROGRAM JIWA MURNI MKN JOHOR BERSAMA KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT

SEGAMAT, 19 Januari 2021 – Banjir yang melanda beberapa negeri pada Disember 2021 lalu memberikan kesan yang besar kepada mangsa. Daerah Segamat merupakan daerah yang paling terkesan akibat banjir dengan jumlah pembukaan pusat penempatan sementara yang tertinggi dan jumlah mangsa banjir yang teramai dari daerah-daerah lain di Negeri Johor.

Dalam membantu meringankan beban mangsa banjir, MKN Negeri Johor melalui Pasukan Sukarelawan Kelab Kebajikan dan Sukan, MKN Negeri Johor bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Segamat, Southern Volunteer (SV) dan NGO telah meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah di Kg. Pogoh Tengah, Segamat. Semoga dengan bantuan tersebut sedikit-sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat!

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut