PUSAT MEDIA BENCANA, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, PULAU PINANG DIBUKA SECARA RASMI HARI INI

Seberang Perai Selatan, 17 Januari 2022 – Pusat Media Bencana, Jabatan Penerangan Malaysia, Pulau Pinang telah dibuka secara rasmi hari ini bertempat di Dewan Serbaguna Jawi, susulan daripada insiden kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.
Dalam perkembangan lain, pelbagai agensi dan jabatan telah bekerjasama menguruskan bencana ini, antaranya:
  1.  Hebahan awal oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) kepada penduduk setempat berkaitan kesiapsiagaan menghadapi insiden ini;
  2. Usaha pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang (JBPM) di lokasi kebakaran;
  3. Pemantauan kualiti udara oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang (JAS) di beberapa lokasi;
  4. Hebahan dan taklimat kepada penduduk berkaitan kepentingan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran kualiti udara yang agak terjejas; dan
  5. Persiapan Pusat Perpindahan Sementara (PPS) oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semoga bencana ini akan segera pulih. Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menguruskan bencana ini.

#KeluargaMalaysia

Sumber berita dan gambar:
Pusat Maklumat Rakyat Sps

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut