PROGRAM JIWA MURNI KELUARGA MALAYSIA KE TEMERLOH, PAHANG

KOTA BHARU, 17 Januari 2022 – Program Jiwa Murni Keluarga Malaysia merupakan kerjasama antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan bersama beberapa NGO Negeri Kelantan telah diadakan di Temerloh, Pahang pada 12 hingga 14 Januari 2022.
Tujuan program diadakan adalah untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas tempoh hari. Antara jabatan yang turut sama menjayakan program tersebut adalah MKN Pahang, Persatuan Komuniti Sejahtera Salor, Team ROS Kelantan, Team Masjid Ayesha Kok Lanas, Team Pondok Saidina Abu Bakar, dan Team Sukarelawan 4×4 Tanah Merah.
Antara pengisian sepanjang program adalah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan, mengecat surau dan agihan sumbangan kepada penduduk sekitar Kg. Pangsenam dan Kg. Sungai Buloh.
Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir yang terjejas dan semua yang terlibat dalam misi ini mendapat ganjaran daripada Allah Taala ?

 

#MKNKelantan
#KeluagraMalaysia

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut