PPV Axiata Arena di Bukit Jalil Kuala Lumpur telah dibuka di Lembah Klang yang dikendalikan oleh KKM melalui JKN Kuala Lumpur dengan kerjasama PHCorp, Kementerian Belia dan Sukan, ATM, APM, PDRM dan Rela.
PPV Axiata Arena ini berkapasiti maksimum 8000 orang sehari. PPV ini telah mula beroperasi pada 15 Januari 2022 selama 7 hari seminggu dan beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 malam.
Orang ramai yang hadir di PPV diminta untuk mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM. Kerjasama orang ramai amat diharapkan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.
SUMBER: FB JKJAV https://www.facebook.com/jkjavmy