PDRM PULAU PINANG MENUMPASKAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH DENGAN RAMPASAN GANJA SEBERAT 9,828 GRAM BERNILAI RM24,570.00

??????????, 13 Januari 2022 – YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri satu Sidang Media yang berlangsung di Pusat Media IPK Pulau Pinang pada 11 Januari 2022 yang lepas. Menerusi Sidang Media berkenaan YDG CP Dato’ telah memaklumkan akan kejayaan Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan (10) ketulan mampat disyaki dadah ganja dengan anggaran berat 9,828 gram bernilai RM24,570.00 dan menangkap (2) lelaki tempatan yang berumur 51 tahun di kawasan Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Januari 2022. Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau pemenjaraan seumur hidup. Jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada (15) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, di mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang setakat ini telah menyita sebuah kenderaan dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM65,140.00. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaanharta berjumlah RM89,710.00.

Dalam perkembangan lain, YDG CP Dato’ turut memaklumkan kes samun dan khianat dengan Ah Long. Kes yang berlaku pada 3 Januari 2022 melibatkan seorang perempuan cina telah dipukul oleh (4) lelaki cina disyaki menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long di sebuah Hotel Budget di Jalan Kg Malabar, Georgetown. Dalam kejadian tersebut suspek telah mengambil kunci kereta dan (2) kad atm milik mangsa. Mangsa mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan telah diselamatkan oleh anggota polis Balai Polis Central. Kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan. Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipd Timur Laut telah berjaya menangkap kesemua suspek di Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang dan telah berjaya merampas kesemua barang kes milik mangsa. Kesemua suspek juga ditangkap bagi kes khianat dengan api yang disiasat di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan bersangkut kejadian yang dilaporkan oleh seorang lelaki cina berkenaan kebakaran kecil di hadapan rumahnya di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, Pulau Pinang, disyaki ada kaitan dengan Ah Long pada 16 Mei 2021.

Syabas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Sumber artikel dan gambar:
PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut