PULAU PINANG SIAP-SIAGA MENGAWAL PENULARAN PANDEMIK

George Town, 12 Januari 2022 – Pada 10 Januari 2022 yang lepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang – Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah bersidang dan beberapa ketetapan telah diputuskan, antaranya:

  1. Kompleks Masyarakat Penyayang (KMP) akan terus diletakkan pada tahap siap-siaga sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) serta Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara pandu lalu bagi Daerah Timur Laut; dan
  2. Mara Excellence Centre (MEC), Jawi terus berperanan sebagai PKRC di negeri ini manakala Hotel Bahang Bay dan Vouk Suites Hotel berfungsi sebagai Stesen Kuarantin Swasta kepada pengembara baru pulang dari luar negara (Person Under Surveillance, PUS).

Semua Agensi Kerajaan akan sentiasa bersiap-siaga dalam mengharungi sebarang perubahan situasi penularan pandemik agar dapat dikawal dengan baik. Semua pihak turut dimohon untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 yang sedang berkuatkuasa di Pulau Pinang agar kadar kes di negeri kita sentiasa menurun sehingga mencatat angka sifar (0).

#KeluargaMalaysia

         

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut