KEPRIHATINAN DITERUSKAN!

Jika sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah turun untuk membantu penduduk membersihkan kawasan mereka yang terjejas akibat banjir, keprihatinan diteruskan dengan Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada keluarga-keluarga yang terlibat di Jalan Tiong Nam pada 5 Januari 2022.

 

Sumbangan wang sebanyak RM1300 ini merupakan inisiatif daripada Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Wilayah Persekutuan dan disalurkan melalui pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP).

Program hari ini diketuai oleh Encik Ahmad Ibnu Sina Termizi, Pengurus Kawasan Parlimen Bukit Bintang dan disertai oleh wakil dari MPPWP Zon Parlimen Bukit Bintang serta pegawai dan kakitangan dari Yayasan Wilayah Persekutuan serta jabatan-jabatan dalaman DBKL.

 

 

Bantuan wang ihsan ini telah mula disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dan tanah runtuh seperti di Jalan Kolam Air, Jalan Kassipillay dan lain-lain lagi dan akan diteruskan lagi kepada semua mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan-kawasan lain. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan serba sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa kejadian bencana alam ini.

 

#KeluargaMalaysia

#KLbandaruntuksemua

#WilayahPrihatin

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut