Pulau Pinang, 28 Dis 2021 –Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang (APM Pulau Pinang) terus bersemangat dalam menjayakan Misi Bantuan Pasca Banjir dengan menghantar Team Bravo bagi menggantikan Team Alfa yang telah menjalankan Misi Bantuan Banjir di Pahang bermula 19 Disember 2021 sehingga 27 Disember 2021. Team Bravo yang diketuai oleh Lt.M (PA) Norsyukrina binti Mohd Shafie bersama 17 orang anggota lain-lain pangkat memulakan misi Bantuan Pasca Banjir di Bentong, Pahang.
Taklimat keselamatan dan pelepasan turut diberikan dibuat oleh YS Kol.(PA) Ishak bin Mohd Radzi, Pengarah APM Pulau Pinang sebelum misi bermula. Serah Terima Tugas antara Team Alpha dan Team Bravo APM Pulau Pinang dibuat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Bentong, Pahang. Team Bravo akan mengambil alih Misi Pasca Banjir di Daerah Bentong, manakala Team Alpha berangkat pulang untuk melapor selesai tugas di APM Pulau Pinang.
Jasa kesemua anggota pasukan keselamatan yang tidak pernah jemu berkhidmat untuk masyarakat dan demi kesejahteraan negara adalah amat dihargai.
Sumber berita dan gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang
#KeluargaMalaysia
#BantuMalaysia
#MKN50