KOTA BHARU, 23 Disember 2021 – Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir yang berlaku di negeri Selangor dan Pahang sehingga menyebabkan kehilangan tempat berteduh dan kemusnahan harta benda.
Menteri Besar, Ustaz Datoโ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan, sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, kerajaan negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM100,000 masing-masing kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Pahang melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.
Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemindahan dan operasi pemulihan pasca banjir.
#BantuMalaysia
#KeluargaMalaysia
#MKN50