PROGRAM DAPUR BANDARAYA @ PPR/PA KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Sekitar Program Dapur Bandaraya @ PA/PPR Kuala Lumpur yang berlangsung pada 16 November 2021 bertempat di tiga belas (13) PA/PPR sekitar Kuala Lumpur. Antara PA/PPR yang terlibat adalah PPR Seri Kota, PPR Pudu Ulu dan PA Seri Tioman. Sebanyak 120 bungkus makanan telah dimasak dan diagihkan di setiap PA/PPR yang terlibat.

 

Program anjuran DBKL dengan kerjasama tiga belas (13) buah surau/madrasah di PA/PPR sebagai pengendali makanan bermasak ini akan dijalankan bermula 15 November sehingga 31 Disember 2021.

 

Sasaran 1800 bungkus makanan bermasak akan disumbangkan setiap hari bertujuan untuk mengurangkan beban golongan yang terkesan akibat pendemik Covid-19 untuk bangkit meneruskan kelangsungan hidup dalam norma baharu ini.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut