SHAH ALAM 12 November 2021 – YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan Pengarah Keselamatan Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Amirudin Shari Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat Dato’ Haji Haris bin Kasim Setiausaha Kerajaan Negeri bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Dalam kunjungan yang berlangsung selama lebih setengah jam ini, pelbagai perkara telah dibincangkan terutamanya berkaitan pengurusan COVID-19, pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) dan isu-isu keselamatan khususnya yang melibatkan negeri Selangor.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada YAB Menteri Besar Selangor serta pentadbiran kerajaan Negeri Selangor di atas kesudian menerima rombongan dari Majlis Keselamatan Negara, semoga ukhwah kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan bagi mendepani cabaran-cabaran keselamatan di negeri Selangor.