KUALA LUMPUR – Majlis Pelancaran Kempen KL Cegah, KL Sihat di bawah KL Bersih dan Indah Local Agenda 21 Kuala Lumpur telah dilaksanakan pada 9 November 2021 di Jalan Alor, Kuala Lumpur . Pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
Persekitaran yang bersih, sihat dan selamat merupakan objektif kempen ini disamping mempromosikan kawasan Bukit Bintang sebagai destinasi pilihan oleh pengunjung.
Ia secara tidak langsung membantu merancakkan semula kegiatan ekonomi para penjaja, peniaga dan industri hotel yang sebelum ini terkesan akibat pandemik Covid-19. Turut hadir YB Tuan Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang dan YBrs. Tuan Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.
SUMBER: FB DEWANÂ BANDARAYA KUALA LUMPURÂ https://www.facebook.com/dbkl2u