TAKLIMAT PEMATUHAN SOP PUSAT MAKLUMAT RAKYAT@KOMUNITI DAERAH MELAKA TENGAH

AYER KEROH, 9 Oktober – Berdasarkan kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pada 29 September 2021, negeri Melaka akan beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021. Justeru, Taklimat berkaitan Pematuhan SOP PPN Fasa 3 dan Persediaan Masyarakat Dalam Menjalani Kehidupan Menuju ke Arah Endemik telah disampaikan oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka. Taklimat disampaikan kepada Ketua/Wakil Komuniti Bukan Melayu dan NGO Daerah Melaka Tengah. Kumpulan sasar ini dipilih sebagai salah satu rakan strategik danย  berperanan sebagai medium penyaluran maklumat di peringkat lapangan.

Taklimat anjuran Pejabat Penerangan Daerah Melaka ini mendapat kerjasama yang positif dalam kalangan jemputan dan mereka menyambut baik dengan keputusan Kerajaan mengenai kebenaran rentas negeri dan penganjuran Majlis Sosial yang akan diumumkan dalam masa terdekat.ย  Seramai 20 orang jemputan telah hadir bagi sesi taklimat tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat oleh pihak penganjur. Turut hadir, Puan Nor Hasnani binti Abd. Wahab, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Puan Salwati binti Md. Zam, Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah dan Encik R. Ganes Rethanam, Pengerusi Gabungan Persatuan India – India (GAPPIN) negeri Melaka.

 

#MKNMelaka

#MelakapatuhSOP

Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut