MAIWP SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN

KUALA LUMPUR – Walau menghadapi cabaran bilangan kes Covid-19 yang semakin memuncak, para barisan hadapan terus semangat dan kuat mengharungi tugas mereka atas dasar tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Oleh itu MAIWP pada 27 Ogos 2021 telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM4,447,800.00 dalam bentuk kit makanan untuk diagihkan kepada para petugas yang terdiri daripada para doktor, jururawat dan petugas kesihatan.

Penyerahan sumbangan kit barangan makanan kepada petugas barisan hadapan telah disampaikan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar Pengerusi MAIWP kepada Dr. Mohmmad Salleh Bin Yahya, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) PPUM yang mewakili Pusat Petugas Barisan Hadapan yang terdiri daripada 9 buah Pusat yang mengendalikan kes yang disyaki (PUI) dan sahih Covid-19, 1 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 5 buah Pusat Pengambilan sampel Covid-19 (CAC) bagi menguruskan pesakit Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Encik Mohd Nizam Haji Yahya dan Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.

#maiwp #agihzakat #kamiAda #skuadjejakasnafBaitulmalMAIWP #gerobokrezekiMAIWP #MoJA #ppzmaiwp #maiwpprihatin #musaadahcovid19 #maiwpridersteam

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut