OPS PATUH DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi pasukan khas Jabatan Penguatkuasaan (JPK) meneruskan lagi Tindakan Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan Komersial di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi tempoh 1 Ogos hingga 14 Ogos 2021.

 

Dalam Ops Patuh DBKL pada 15 Ogos 2021, sebanyak 575 buah premis / syarikat telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, perniagaan restoran, kedai runcit, pasaraya, kedai barangan am, car wash, gunting rambut dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan beroperasi semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi pematuhan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.

 

Sebanyak 26 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 atas pelbagai kesalahan terhadap individu/pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). DBKL turut membuat penutupan (sealed) terhadap 22 buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap 10 buah premis hotel yang menjalankan aktiviti tidak bermoral (urutan seks) dan 12 buah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara asing.

 

Dalam tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral, DBKL telah menahan 10 orang warga Thailand, 11 orang warga Indonesia, 7 orang Vietnam ( pekerja seks/tukang urut), 6 orang warga Bangladesh dan 5 warga Indonesia (pengendali premis) untuk diambil maklumat bagi tujuan dokumentasi.

 

Tindakan sita 87 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan cctv, monitor, kondom, minyak pelincir, video dekoder, buku log, modem dan lain-lain peralatan. Manakala tindakan sita/pindah barangan melibatkan 48 pelbagai peralatan seperti vacuum, mesin rambut, meja, kerusi, stall gerai, dapur, tong gas milik premis tanpa lesen yang dikendalikan oleh warga negara asing. Barangan yang disita, dipindahkan ke Setor DBKL Taman Miharja Jalan Lombong Cheras bagi tujuan penyimpanan dan dokumentasi.

 

DBKL turut mengeluarkan 79 notis kompaun pelbagai kesalahan iaitu :

  1. 18 notis kompaun UUK 3(1) dan 34 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016;
  2. 4 notis kompaun UUK 3(1) dan 16 notis kompaun UUK 22(1)(b) , UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016;
  3. 1 notis kompaun UUK 3(1) , Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016;
  4. 2 notis kompaun Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1794;
  5. 1 notis kompaun Seksyen 107(5)* , Akta Kerajaan Tempatan 1976; dan
  6. 3 notis kompaun Seksyen 29 Akta Hotel WPKL 2003.

Tindakan Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Warga kota boleh terus menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:

 

https://adukl.dbkl.gov.my

#OPSPATUHDBKL

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut