PEMANTAUAN SOP DAN SUMBANGAN PEK MAKANAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI MASJID DAN SURAU TASEK GELUGOR

TASEK GELUGOR, 30 Julai 2021 – Satu pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dilaksanakan pada waktu Solat Jumaat di sekitar Masjid dan Surau, Tasek Gelugor. Hasil pemantauan mendapati SOP dalam pelaksanaan Solat Jumaat dipatuhi dengan baik.

Menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, telah dikeluarkan Garis Panduan Tatacara Aktiviti Keagamaan di Masjid dan Surau Seluruh Negeri Pulau Pinang Bagi Tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menetapkan kebenaran Solat Jumaat dengan kadar bilangan jemaah adalah tidak melebihi seratus lima puluh (150) orang bagi Masjid Negeri serta semua Masjid Daerah. Manakala bagi Masjid Kariah adalah tidak melebihi seratus (100) orang dan bagi semua surau Jumaat adalah tidak melebihi lima puluh (50) orang di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Sumbangan pek makanan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan serta jemaah yang hadir. Jemaah yang hadir Solat Jumaat turut diberi peringatan agar terus mematuhi SOP bagi melindungi komuniti setempat.

 

#MKN50
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersama

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut