OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN SOP PPN FASA 1 DI DAERAH SEREMBAN

       

Satu Operasi Bersepadu Pemantauan dan Pemeriksaan SOP PPN Fasa 1 telah dijalankan ke atas sektor pembuatan dan perkilangan sekitar Senawang. Operasi ini melibatkan kerjasama antara 4 agensi iaitu IPD Seremban, MKN Negeri Sembilan, Balai Polis Senawang, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dengan kekuatan seramai 32 pegawai kanan dan anggota.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP berlaku dan kilang yang dibenarkan beroperasi mematuhi had kapasiti kehadiran 60% pekerja dan lain-lain prosedur serta arahan yang telah ditetapkan di dalam SOP PPN Fasa Pertama yang sedang berkuatkuasa. Pemeriksaan dokumentasi turut dijalankan terhadap pekerja bukan warganegara dan kesemua mereka yang didapati tidak mempunyai dokumen lengkap telah ditahan dan dibawa untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Operasi bersepadu seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berkala bagi memastikan SOP PPN Fasa Pertama sentiasa dipatuhi oleh semua pihak dan seterusnya bersama-sama memainkan peranan dalam membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini secara amnya.

       

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut