INISIATIF DAPUR PRIHATIN

INISIATIF DapurPrihatin yang menyumbangkan kira-kira 500 pek makanan bermasak untuk petugas kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dapat menyuntik semangat para petugas untuk meneruskan perkhidmatan mereka menrawat pesakit COVID-19.

Pengarah HKL, Dr Rohana Johan berkata, inisiatif yang ditunjukkan ini merupakan satu usaha murni kerana ia memaparkan bahawa semua pihak sentiasa memberikan sokongan kepada petugas kesihatan dalam memberikan khidmat kepada negara.

“Alhamdulillah, sebagai pengarah saya merasa amat terharu dan kita merasa bahawa RumahPrihatin mengambil tahu dan mengambil berat mengenai petugas yang sentiasa bekerja 24 jam menjaga pesakit-pesakit COVID-19 di sini.

“Dengan sedikit sumbangan ini ia akan menyuntik semangat untuk bertugas dengan bersungguh- sungguh dan lebih bertenaga dengan makanan yang disediakan,” katanya kepada Wilayahku selepas menerima pek makanan yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun di sini hari ini.

Rohana berkata, bagi pihak HKL, pihaknya terbuka dalam menerima sumbangan daripada pelbagai pihak dan turut mempunyai badan yang menguruskan sumbangan tersebut.

“Sumbangan ini mungkin berbentuk makanan, peralatan perubatan dan air mineral.

“Sumbangan-sumbangan ini tidak terhad untuk kegunaan petugas hospital, bahkan ia turut diberikan kepada pesakit yang mungkin memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Zaizalnizam berkata, usaha RumahPrihatin dalam menyumbangkan pek makanan bermasak adalah selari dengan nilai kecaknaan seperti yang diilhamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa.

Jelasnya, sumbangan ini dilakukan untuk meraikan petugas kesihatan sempena Hari Raya Aidiladha dan memperkenalkan program-program yang dilaksanakan di RumahPrihatin.

“Kita harap sumbangan ini dapat menceriakan petugas-petugas ini yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik meskipun berhadapan dengan risiko jangkitan COVID-19.

“Mereka juga ditawarkan untuk menginap di BilikPenginapanPrihatin untuk berehat seketika sebelum pulang ke rumah,” katanya.  WILAYAHKU

Sumber: https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut