Muar, 21 Julai 2021 – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Felda Maokil, Muar Johor telah dilaksanakan berkuatkuasa pada 14 hingga 27 Julai 2021.
Bagi memastikan pengurusan dan perjalanan pelaksanaan PKPD Felda Maokil Muar ini berjalan lancar dan terkawal dianggarkan seramai 125 orang petugas, anggota dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar (MPM), Polis Bantuan dan pihak Pengurusan FELDA yang terlibat.
Bagi menjaga kebajikan penduduk juga, bantuan bekalan makanan telah diedarkan termasuk bantuan dari NGO dan pemimpin setempat.
Terima kasih semua petugas! Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan kebajikan penduduk dan kelancaran PKPD di Felda Maokil, Muar.
Pesanan untuk semua rakyat Johor. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu. Terus amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya. Kerana kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor













