KL WUJUDKAN PUSAT SEHENTI PENGURUSAN JENAZAH

PUSAT Pengurusan Krisis COVID-19 (CCMC) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memutuskan untuk mewujudkan sebuah pusat pengurusan jenazah bersepadu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, Pusat Sehenti Pengurusan Jenazah (PSPJ) itu akan menyediakan kemudahan semua aspek dalam pengurusan jenazah.

“PSPJ ini yang akan menyediakan kemudahan memeriksa, mengurus, menyimpan dan mengebumikan mayat di Kuala Lumpur.

“Melalui PSPJ, jenazah COVID-19 dan bukan COVID-19 (akan) diurus secara lebih efisien, dipengerusi bersama oleh HKL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” ciapnya dalam laman Twitter hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi CCMC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, pihaknya akan membentuk pasukan petugas khusus dengan menggabungkan 15 agensi untuk penubuhan PSPJ.

Task force ini akan berpusat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menggunakan Kompleks Institut Sukan Negara (ISN) (Stadium TPCA).

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak rumah ibadat berkaitan menjadi ahli task force.

“Jenazah Islam disemadikan di Perkuburan Taman Selaseh, dan bukan Islam menggunakan krematorium DBKL di Cheras,” katanya.

Annuar berkata, PSPJ itu nanti akan mengutamakan kebajikan keluarga dan memberi peluang kepada keluarga untuk memberikan penghormatan terakhir.

“Prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai untuk keluarga, dan ruang untuk solat jenazah turut disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pihaknya telah menambah kira-kira 10 buah kontena sebagai persiapan jika berlaku lonjakan kes kematian.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan,” katanya. – WILAYAHKU

Sumber: https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut