TINJAUAN MKN NEGERI JOHOR KE PROGRAM VAKSIN BERGERAK PRIHATIN JOHOR

JOHOR BAHRU, 18 Julai 2021 – Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke Program Vaksin Bergerak Prihatin Johor yang telah diadakan di Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang, Johor Bahru. Program Vaksin Bergerak Prihatin Johor ini menyasarkan seramai 200 orang penduduk PPR Sri Stulang pada hari ini. Sehingga jam 1.45 petang seramai 140 orang telah menerima suntikan dan dijangkakan kesemua 200 orang akan menerima suntikan selewat-lewatnya sebelum jam 5.00 petang.

Program Vaksin Bergerak Prihatin Johor ini merupakan inisiatif Prihatin Johor yang mendapat kerjasama erat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Negeri Johor, Waqaf AnNur dan Persatuan Penduduk PPR Sri Stulang. Beberapa siri program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi memastikan kadar vaksin untuk golongan Fasa 2 bagi Negeri Johor terus meningkat sekaligus dapat memastikan Negeri Johor dapat beralih ke Fasa 3 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam masa terdekat.

PPV Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang ini turut menampilkan kemunculan dua (2) ‘pembantu’ yang bertanggungjawab memastikan proses pemberian vaksin di PPV Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang berjalan dengan lancar. Pembantu pertama bertanggungjawab memastikan PPV terus kekal dinyahkuman (disinfection) manakala, pembantu kedua membantu mengurangkan sentuhan fizikal dengan membawa borang ke kaunter berkaitan (rujuk gambar untuk keterangan lanjut). Terima kasih kepada MSC Cyberport Johor atas bantuan menyediakan kedua-dua ‘pembantu’ ini.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

     

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut