TINJAUAN KE KAWASAN SEKITAR SUNGAI ACHEH, SEBERANG PERAI SELATAN

SEBERANG PERAI SELATAN, 9 Julai 2021 – Satu tinjauan pematuhan penuh Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah dilaksanakan oleh Tim Pemantauan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) di sekitar kawasan Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan (SPS) pada hari ini.

Umum mengetahui, Negeri Pulau Pinang telah beralih ke Fasa 2 PPN pada 7 Julai 2021 yang lepas. Peralihan daripada Fasa Satu kepada Fasa Dua PPN merupakan satu permulaan untuk fasa-fasa seterusnya sehingga negeri ini benar-benar bebas daripada wabak COVID-19. Oleh yang demikian, warga Pulau Pinang diingatkan agar jangan leka dan mudah selesa dengan peralihan Fasa Kedua ini kerana pengabaian SOP yang ditetapkan mampu menyebabkan peningkatan kes harian.

Tinjauan pada kali ini turut melibatkan pemberian sumbangan makanan kering kepada pasukan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan penduduk yang terjejas kerana COVID-19 di kawasan sekitar Sungai Acheh, SPS oleh pihak NGO.

#MKN50
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

         

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut