JOHOR BAHRU, 9 Julai 2021 – Sekitar Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Daerah Johor Bahru anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru bersama penduduk Kampung Sinaran Baru, Kampung Maju Jaya, Kampung Baru Sri Aman, Kampung Tawakal, Kampung Pemuda Jaya dan Taman Impian Jaya bertempat di Dewan Kampung Sinaran Baru, Kempas pada hari ini.
Seramai 1,400 penerima vaksin dari 6 buah kampung di sini telah menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Sinovac.
Turut hadir, YB Tuan Haji Mazlan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Puteri Wangsa.
Laporan/foto: Sharifah Alia Syed Nasir/Noor Azlan Talib




