OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 DAERAH MERSING

MERSING, 7 Julai 2021 – Satu Operasi bersepadu telah diadakan melibatkan 19 orang pegawai & anggota yang terdiri daripada 3 orang pegawai PDRM IPD Mersing, 2 orang Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing, 7 orang penguatkuasa Majlis Daerah Mersing (MDM), 3 orang penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Mersing dan 4 orang pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

Operasi pematuhan ini tertumpu kepada pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 yang berkuatkuasa bermula 29 Jun 2021. Operasi tertumpu kepada pemeriksaan kilang-kilang dan rantaiannya yang beroperasi dalam sektor-sektor perlu (essential) serta sektor peruncitan di Daerah Mersing.

Terdapat enam (6) premis telah diperiksa semasa operasi dijalankan dan sebanyak lima (5) kompaun telah dikeluarkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Mersing. Secara keseluruhannya, Operasi Bersepadu Pemantauan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 bagi Negeri Johor di Daerah Mersing berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi pematuhan ini.

Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

                    

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut