

4 pemeriksaan telah dijalankan oleh IPD Kuala Pilah dengan kerjasama MKN Negeri Sembilan, PKD Kuala Pilah, JTK Kuala Pilah dan Majlis Daerah Kuala Pilah bertempat di beberapa kilang sekitar Kuala Pilah. Hasil pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP berlaku dan kilang yang dibenarkan beroperasi mematuhi had kapasiti kehadiran 60% pekerja.
Pemeriksaan seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP PKP Fasa Pertama yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi dan semua pihak bertanggung jawab memainkan peranan utk membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini.
