SEGAMAT, 15 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Serbaguna Taman Yayasan, Segamat. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada penduduk di daerah Segamat dan sekitarnya dengan kapasiti seramai 400 hingga 600 orang penerima vaksin sehari. Seramai 564 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Serbaguna Taman Yayasan, Segamat pada hari ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Segamat.
Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor



