GEORGE TOWN, 2 April – Semua Agensi Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang meneruskan kerjasama erat dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Pada 1 Jun 2021 telah dilaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang – Perintah Kawalan Pergerakan Menangani Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Manakala Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal CITF Pulau Pinang Bagi Pembukaan PPV Mega yang dipengerusikan oleh YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) turut dilaksanakan. Kedua-dua mesyuarat yang dijalankan secara sidang video ini bertujuan membincangkan strategi-strategi terkini menangani pandemik COVID-19.
Rakyat Pulau Pinang diseru untuk terus bersama-sama dengan pihak Kerajaan melawan pandemik COVID-19 ini. Perjalanan yang masih belum ada titik noktahnya memerlukan kesungguhan semua pihak supaya rantaian pandemik ini dapat diputuskan. Oleh itu rakyat dinasihati supaya mematuhi SOP semasa berada di tempat-tempat awam, amalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka seperti yang disarankan. Jika kita leka, buruk padahnya.
#MKN50
#LindungDiriLindungSemua