LIBAT URUS LAWATAN TAPAK KE PKRC KUALA PILAH DAN PKOB PKPD JUASSEH KUALA PILAH

   

KUALA PILAH, 1 JUN – Satu lawatan tapak telah diadakan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kuala Pilah dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perintah Kawalan Pegerakan Diperketat (PKPD) Juasseh, Kuala Pilah. Lawatan oleh YBhg Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan turut diiringi oleh Pengarah Keselamatan Negeri, MKN N.Sembilan, Pegawai Daerah Kuala Pilah dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Sembilan.

Antara tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau keadaan semasa di PKRC Kuala Pilah yang menempatkan Person Under Surveillance (PUS) dan Person Under Investigation (PUI) serta keadaan penduduk di PKPD Juasseh di samping menyampaikan sedikit bantuan kepada para frontliners yang bertugas. Banyak isu dan masalah telah dapat diselesaikan dan semoga dengan lawatan ini dapat meningkatkan lagi semangat dan moral petugas-petugas yang terlibat.

Satu sidang media bersama BERNAMA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut didakan setelah selesai lawatan bagi menerangkan situasi semasa PKRC dan PKPD Juasseh, Kuala Pilah.

           

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut