PEMANTAUAN SOP BAZAR RAMADAN SEKITAR NEGERI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 16 April 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PDRM Pulau Pinang telah melaksanakan Pemantauan SOP Bazar Ramadan di sekitar Negeri Pulau Pinang. Sebanyak empat (4) Bazar Ramadan yang terlibat dalam pemantauan kali ini iaitu Bazar Ramadan Bayan Lepas, Bazar Ramadan Bayan Baru, Bazar Ramadan Pasaraya Giant Bayan Baru dan Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri. Sebuah Pasar Malam yang terletak di MPKK Kepala Batas turut dipantau. Semua penganjur telah diberi peringatan dan nasihat untuk memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pengunjung dan juga peniaga dititik beratkan.

Adalah diingatkan agar pengunjung bazar Ramadan di seluruh Negeri Pulau Pinang terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19. SOP seperti mengimbas kod MySejahtera, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki Bazar Ramadan dan memakai pelitup muka sepanjang masa di dalam Bazar Ramadan perlu diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan terus dilaksanakan oleh pihak MKNPP dan Agensi-Agensi berkaitan dalam memastikan SOP Bazar Ramadan terus dipatuhi.

#LindungDiriLindungSemua

         

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut