INFO ON WHEELS DAN PROMOSI PENDAFTARAN VAKSINASI NEGERI MELAKA

Bukit Katil – Kaunter Promosi dan Pendaftaran Vaksinasi bagi Program Imunisasi Covid-19 Negeri Melaka telah diadakan di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil dan Masjid Al-Ghafar, Jasin pada setiap solat Jumaat bermula 2 April 2021 dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 3.00 petang. Program tersebut melibatkan kerjasama antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Melaka.

Jabatan Agama Islam Melaka akan menyediakan senarai masjid-masjid terpilih di mukim-mukim yang dikhususkan bagi pembukaan kaunter pendaftaran vaksinasi dan turut menyelaras jadual pembukaan kaunter-kaunter pendaftaran vaksinasi di masjid-masjid terutamanya ketika Solat Jumaat.

Sehingga 6 April 2021, Negeri Melaka mencatatkan sejumlah 268,867 (38.30%) yang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin. Program ini akan diadakan secara berterusan bagi meningkatkan lagi promosi pendaftaran vaksinasi disamping membantu golongan sasar untuk mendaftar vaksinasi.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut