BARAT DAYA, 17 Mac 2021 – Skuad Khas COVID-19 MKN Pulau Pinang telah menjalankan tinjauan dibeberapa lokasi tumpuan di daerah ini seperti restoran, poliklinik, kedai serbaneka dan bank. Pemantauan ini bertujuan memastikan setiap premis yang beroperasi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ini amat penting untuk memastikan usaha Kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19 dapat direalisasikan.
#KitaAkanMenang