PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI PLAZA HENTIAN KAJANG, DAERAH HULU LANGAT
Penularan wabak COVID-19 dalam komuniti merupakan ancaman terkini yang bersifat kompleks dan memerlukan pendekatan khusus untuk menguruskannya.Bilangan kes yang meningkat di kalangan penduduk perlu diuruskan segera untuk mencegah perebakan yang serius dan mengancam kesihatan masyarakat.
Berdasarkan laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, peningkatan kes yang begitu ketara di Plaza Hentian Kajang begitu membimbangkan dan langkah mitigasi perlu dilaksanakan. Susulan daripada itu, Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor meluluskan pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan bermula pada 28 Oktober 2020 untuk tempoh dua minggu.
Walau bagaimanapun, susulan daripada bilangan kes positif yang baru yang dikesan, pelaksanaan PKPD di kawasan ini dilanjutkan untuk dua minggu lagi dan akan berakhir pada 24 November 2020. Pelaksanaan ini melibatkan hampir 2,700 orang penduduk dan 215 orang petugas daripada pelbagai agensi.
Setinggi penghargaan dan tahniah kepada agensi-agensi yang bertungkus lumus menjalankan tugas…. Anda adalah wira negara!