JANGAN LUPA PATUHI SOP SEMASA DI DALAM TREN

KUALA LUMPUR, 29 September 2020 – Tim Task Force pematuhan MKN WPKL telah menjalankan aktiviti pemantauan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang melibatkan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang.

Hasil daripada tinjauan di beberapa stesen LRT dan MRT, mendapati bahawa rata-rata penumpang pengangkutan awam dilihat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM/MKN semasa berada di dalam tren pengangkutan awam.

Prasarana Malaysia Berhad selaku syarikat pengendali pengangkutan awam bagi LRT dan MRT telah melaksanakan kawalan serta langkah-langkah pencegahan di setiap stesen yang berada di bawah seliaan syarikat mereka. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah menyediakan mesin pengimbas suhu automatik yang diletak di kaunter pengimbas kad bagi mengesan suhu penumpang sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam stesen dengan lebih cepat dan mudah.

 

Di samping itu juga, anggota polis bantuan turut berada di setiap lokasi stesen LRT dan MRT bagi memastikan penumpang mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

#StaySafe     #KitaJagaKita

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut