BELAYAR @ CRUISE TASIK PUTRAJAYA

Limpahan cahaya bangunan kediaman rasmi Perdana Menteri Sri Perdana di Putrajaya nampak sungguh indah dari atas bot yang berlepas dari Jeti Cruise Tasik Putrajaya Presint 1 berhampiran Masjid Putra.

Satu pakej baru iaitu Lepaq@Cruise Tasik Putrajaya telah diperkenalkan di mana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan buskers yang memainkan lagu-lagu kegemaran ramai secara live sambil bersantai menikmati keindahan Putrajaya dan makanan yang menyelerakan. Para penumpang juga boleh berkaraoke dan menyertai permainan mini yang sudah pasti menggamatkan suasana!

 

Cruise mula belayar pada pukul 9 malam dari jeti dan belayar menelurusi Tasik Putrajaya yang nyaman dan indah selama satu jam setengah. 

Sebagai permulaan, pakej Lepaq@Cruise akan dianjurkan pada setiap hari Sabtu minggu ke-empat setiap bulan dan tema yang berbeza akan akan diperkenalkan setiap bulan bagi memberi tarikan dan kelainan.  Harga yang ditawarkan adalah amat berbaloi iaitu hanya RM250 untuk dua orang dewasa manakala untuk kanak-kanak harganya adalah RM75 untuk seorang. 

Manakala bagi mereka yang hanya inginkan acara pelayaran santai ‘sight seeing’ sambil menikmati pemandangan pada waktu siang hari sahaja di sepanjang pelayaran, ada juga menawarkan pakej pilihan untuk dewasa cuma RM15 seorang dan RM10 untuk kanak-kanak.

Sumber: FB Perbadanan Putrajaya dan Wilayahku

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS MKN MELAKA BERSAMA PERSATUAN NELAYAN KAWASAN JASIN

Jasin – Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka (MKN Melaka) telah mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Nelayan Kawasan Jasin dengan …
Maklumat Lanjut

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Keselamatan …
Maklumat Lanjut